Search This Blog

Sekali lagi ~ Suzuki BelangR150 Terbukti Ketahanan diLitar Lumba -Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance 2 Hours Race 2013

Sekali lagi ~ Suzuki BelangR150 Terbukti Ketahanan diLitar Lumba -Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance 2 Hours Race 2013 Peringkat Kelayakan di Litar Elite, USJ Subang.

Penyertaan untuk kali kedua, dimana penyertaan yang pertama adalah pada tahun 2012 lalu, tahun 2013 sekali lagi membuka kalender kejohanan endurance anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Motorsport Association of Malaysia. Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance 2 Hours Race 2013 ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru didalam perlumbaan motosikal.

Lapan siri kejohanan akan diadakan dilitar-litar terpilih diseluruh Negara. Empat kelas akan dipertandingkan iaitu:
Kelas 1 – Motorsikal Kapcai berkeupayaan 100cc kebawah
Kelas 2 – Motorsikal Kapcai berkeupayaan 120cc kebawah
Kelas 3 – Motorsikal Kapcai berkeupayaan 150cc kebawah
Kelas 4 - 'OPEN' Motorsikal Kapcai berkeupayaan 150cc kebawah dan pelumba berusia lebih 30 tahun dan pelumba-pelumba Professional

Setaip pasukan perlu dianggotai oleh empat orang pelumba dan seorang pengurus. Bagi setiap siri kejohanan, setiap pasukan akan berlumba selama 2 jam.



Berbekalkan keazaman, perlumbaan dapat diharungi selama 2 jam tanpa henti. Alhamdulilah. ..Selesai sudah kejohanan kapcai endurance pusingan ke- 5 yg berlangsung di litar Elite Speedway Circuit.....bersyukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnianya, walaupon tidak layak ke SIC, tetapi perlumbaan tetap dapat ditamatkan tanpa sebarang masalah dan sebarang kejadian yg tidak diingini....jutaan terima kasih buat Team Manager Tan Sri Joneys Wahab, Cif Mekanik Tan Sri Mohd Shahrizan Kassim, Pakar Crew Tan Sri Fadzli Rider R, Tan Sri Badrul Azni, Tan SriWaecha Durek...Jutaan terima kasih juga buat rider Tan Sri Syukry Shuhaimy dan Tan Sri Zain Hafriz...korang semua memang marvelous!!!.....tidak juga dilupa buat Tun Muhamad Faiesal Salman 'jutaan terima kasih kerana sudi menyumbangkan karya' THANKS A LOT GUYS....




Keputusan Peringkat Kelayakan



Keputusan Akhir


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...