Search This Blog

Info berkaitan Aci Sesondol (Camshaft) untuk Suzuki BelangR150

Dunia motorsikal tidak pernah lekang dengan pelbagai barangan eksesori termasuklah dengan alatan ganti untuk meningkatkan prestasi jentera beroda dua masing-masing. Pelbagai pengeluar alat ganti berprestasi tinggi (performance) menawarkan produk mereka dipasaran Malaysia sekarang. Salah satu pengeluar alat ganti berprestasi tinggi adalah Namban, sebuah syarikat yang berpengkalan di Thailand dan menawarkan alat ganti berprestasi tinggi untuk jentera Suzuki BelangR150, yang mana ianya adalah alat ganti yang sama ditawarkan di Thailand untuk jentera Suzuki Raiders 150.

Disini kita akan membincang perihal Aci Sesondol ataupun 'Camshaft'. Secara asasnya Aci sesondol adalah Camshaft adalah aci yang diikat atau bahagian yang menolak injap ketika omboh dan engkol berputar dan yang merupakan bahagian penting didalam enjin 4 lejang.

Bahan Binaan aci sesondol

Camshafts boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan. Ini termasuk:

Tuangan besi sejuk (Chilled Cast Iron): ini adalah pilihan yang baik untuk pengeluaran yang tinggi. Sebuah Aci Sesondol atau 'camshaft' tuangan besi sejuk mempunyai rintangan terhadap haus kerana cuping (bahagian paling tinggi atau hidung untuk panggilan kasarnya) camshaft telah dirawat secara panas dan sejuk, secara amnya menjadikan mereka lebih keras. Apabila membuat tuangan besi sejuk, unsur-unsur lain ditambah kepada besi sebelum memutuskan untuk membuat bahan yang sesuai untuk kegunaanya.

Billet Steel: Apabila camshaft berkualiti tinggi diperlukan, pembina enjin dan pengeluar camshaft memilih untuk membuat aci sesondol daripada keluli bilet. Kaedah ini juga digunakan untuk pengeluaran yang rendah. Ini adalah proses yang memakan lebih masa , dan pada umumnya lebih mahal daripada kaedah lain. Walau bagaimanapun produk siap adalah jauh lebih hebat. Apabila membuat aci sesondol, CNC mesin bubut (lathe machine), mesin milling CNC dan pengisar camshaft CNC akan digunakan. Jenis bar keluli boleh digunakan, satu contoh yang EN40b. Apabila pembuatan camshaft dari EN40b, aci sesondol juga akan dirawat haba melalui nitriding gas, yang mengubah struktur mikro-the bahan. Ia memberikan kekerasan permukaan 55-60 HRC. Jenis ini camshafts boleh digunakan dalam enjin berprestasi tinggi.

Ukuran Prestasi Berkaitan Aci Sesondol

1. Durasi
Tempoh ataupun durasi adalah bilangan darjah crankshaft putaran enjin di mana injap ditolak keluar dari 'valve seat'. Secara amnya, tempoh yang lebih besar menghasilkan lebih banyak kuasa kuda. Bilangan RPM  biasanya meningkat di mana puncak kuasa kuda akan dapat dinaikkan dengan peningkatan jangka masa ataupun durasi TETAPI dengan mengorbankan kecekapan rpm yang lebih rendah (tork), pelarasan ketika RPM rendah akan menjadi tidak stabil. 

Ramai pembina enjin prestasi mengukur agresif profil perlumbaan dengan melihat tempoh di 0.020 ", 0.050" dan 0.200 ". Dimana nombor-nombor ini dibaca melalui dial yang digunapakai bersama dengan roda sudut (degree wheel). Sebagai contoh, nombor 0.050" adalah hampir sama dengan 12° BTDC dan 42° ABDC dengan jumlah durasi 234°. Sesebuah aci sesondol berprestasi tinggi mampu mencapai durasi sehingga 300° bagi menghasil kuasa kuda yang lebih tinggi

Kesan kedua ketika jangka durasi meningkat adalah semakin meningkat bertindih ataupun 'Overlap', yang merupakan bilangan darjah crankshaft di mana kedua-dua injap pengambilan dan injap ekzos dibuka pada waktu yang sama. Kesan secara ketara pertindihan ataupun 'overlap' yang paling menjejaskan 'idling'.

2. Angkatan atau Lifting
Angkatan atau 'Lifting' adalah kenaikan bersih paduan injap dari kedudukannya semula.Lebih tinggi injap diangkat dari kedudukan tutupnya maka lebih banyak aliran udara yang lebih boleh dibebaskan ke kebuk pembakaran, yang pada umumnya lebih berfaedah. Lif Greater mempunyai beberapa batasan. Pertama, lif adalah terhad dengan jarak kepala injap untuk bersentuhan dengan omboh, jika terlalu rapat injap dengan omboh maka kemungkinan besar akan berlaga pada RPM yang tinggi. Dan yang kedua adalah daya yang lebih besar diperlukan untuk menggerakkan spring injap serta lebih tinggi mampatan spring. Peningkatan lif juga boleh diselaraskan dengan membuat lubang poket dibahagian omboh. Angkatan injap yang lebih tinggi boleh mempunyai kesan yang sama seperti tempoh meningkat atau durasi di mana kesan injap pertindihan boleh dikurangkan. 

Contoh Aci Sesondol Berprestasi tinggi jenama Namban

Aci Sesondol 'Highcam' tahap yang pertama


Aci Sesondol 'Highcam' tahap yang kedua

Aci Sesondol 'Highcam' tahap yang ketiga

Suzuki Bikers Club Malaysia


SUZUKI BIKERS CLUB MALAYSIA (SBCM) diilhamkan dan dicetuskan adalah bertujuan untuk mengumpul para peminat jentera SUZUKI tidak kira apa jua keluaran model di samping berkongsi idea dan maklumat serta merapatkan hubungan antara sesama pengguna jentera SUZUKI dengan pihak pengurusan SUZUKI ASSEMBLERS (M) SDN. BHD.

SBCM telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan disahkan penubuhannya  pada 7hb Jun 2014 yang lalu. Sebelum tertubuhnya SBCM, ianya dikenali sebagai Fan Club Suzuki Shah Alam dimana ianya mula-mula dibentuk pada bulan Jun 2013yang lalu dan mula mengorak langkah untuk menjadi Kelab yang berdaftar dan menyatukan penggemar jentera suzuki diseluruh Malaysia.

SUZUKI BIKERS CLUB MALAYSIA juga akan mengadakan beberapa aktiviti riadah serta kegiatan  berkonvoi di bawah kelolan ahli jawatankuasa yang telah dilantik dengan kerjasama beberapa rakan penaja.

Aktiviti yang telah dilangsungkan..





Model CDI (Capacitor Discharge Ignition) untuk Suzuki Belang R150

CDI ataupun dikenali sebagai Capacitor Discharge Ignition andalah salah satu komponen elektrikal didalam motorsikal yang berfungsi menyalurkan voltan dan arus ke koil plug sebelum dihantar ke plug untuk tujuan pembakaran.

Terdapat pelbagai jenis CDI dijual dipasaran termasuklah CDI BRT, Rextor, API dan lain-lain lagi. CDI tersebut adalah CDI yang dihasilkan oleh pengeluar bukan dari Suzuki dan digunakan bagi meningkatkan keupayaan jentera motorsikal.

Suzuki Belang R150 sinonim dengan dua jenis model yang membezakan model baru dan model yang lama. Model lama BelangR150 menggunakan CDI buatan Denso Malaysia juga dikenali sebagai CDI 6 pin seperti dikiri dalam gambar.

Model baru pula menggunakan CDI juga buatan Denso Malaysia seperti di bahagian kanan gambar, ia juga dikenali sebagai CDI 5 pin.


Istilah 6 atau 5 pin tersebut bukanlah dirujuk pada pin penyambung soket pada CDI tersebut, tetapi wayar penyambung dari CDI tersebut ke wayar rangkaian utama. Soket pada CDI tersebut tetap mengandungi 6 kepingan pin TETAPI yang membezakannya adalah jaluran wayar yang disambungkan kepada CDI tersebut.

Gambar dibawah menunjukkan jarigan wayar kepada CDI tersebut ke rangkaian wayar utama (wiring harnes) : -



Ride Santai Jelajah Singapura

Alhamdulillah....bersyukur ku kehadrat Illahi, ride santai ke Kota Singa, Singapura telah tercapai hajatnya...Terima kasih buatShah ShariffMuhammad Asmuie Bin Khairon dan Nazrie Razakyang sudi turut serta dalam ride santai ini...memang syok Ride ngan korang!!!!...superbbb...

Terima kasih tidak terhingga buat rakan2 #SBRJ yang sudi menyambut kedatangan kami ke bumi bertuah JOHOR....buatWalid Dira NonearaNia NonearaEkie BelangNazri Ramlan, CintaChinta Khairul ShahiraSehijau DaunAegigHarizons Mhba dan rakan2 lain yg aku lupa nama...terima kasih juga buat Waliyuddin Syamim yg sudi menemankan kami dari hari jumaat hingga ahad...Jasa baik korang hanya ALLAH mampu membalasnya.....

Terima kasih semua....

Selamat tiba dibumi Singapura...


Sessi TTS bersama warga Suzuki Belang Johor (SBRJ)
Ride yang dibuat ini bukan sekadar menjelajah singapura, tetapi juga bertemu dan beramah mesra dengan rakan-rakan pemilik jentera Suzuki Belang R 150 di selatan tanahair. Kehadiran kami yang disambut mesra oleh mereka menjadikan Ride kali ini amat bermakna buat kami. 

Prosedur biasa bagi mereka yang berminat untuk menjelajah Kota Singa, Singapura :-

  1. Sediakan passport, passport mestilah mempunyai tidak tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tamat tempoh passport
  2. Sediakan Geran motorsikal dan insurans (cover note insurans), dokumen ini penting apabila anda ditahan oleh mana-mana penguatkuasa Singapura bagi menunjukkan jentera anda adalah sah dan bukan dicuri
  3. Ketika hendak memasuki perkarangan imigresen dan kastam Singapura, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang berharga lebih murah dari harga di Singapura dalam kuantiti yang banyak (contoh : rokok adalah sekotak dan lain-lain)
  4. Jika anda datang selain dari hari minggu, caj sebanyak $5 (rm13) dikenakan keatas motorsikal anda dan $20 (rm52) untuk kereta untuk sehari, hari minggu percuma. Isi borang ketika memasuki Singapura dan bayar sebelum memasuki kompleks imigresen Singapura ketika hendak keluar dari Singapura.
  5. Ketika hendak keluar, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang lebih murah dari pasaran Malaysia keluar dari Singapura dalam kuantiti yang banyak TANPA mengisytiharkannya (contoh : aksesori motosikal, helmet, baju dan lain-lain). Kastam Singapura jauh lebih ketat berbanding kastam Malaysia, jika tersilap ataupun disyaki, mereka mudah menahan anda dilokap beberapa hari mengikut undang-undang Singapura. 

Sedikit sebanyak kenangan di Singapura :- 


Berjalan-jalan disekitar Singapura, pastikan anda mematuhi halaju yang ditetapkan. AES Singapura dipasang di sepanjang lebuhraya Singapura, jika anda disaman, anda perlu menjelaskan saman tersebut sebelum meninggalkan bumi Singapura. 

Berehat di Kelantan Road, Geylang Singapura

Berehat santai di Pantai berhampiran Cangi, Singapura. Basikal dan rollerblade disediakan untuk disewa bagi pengunjung-pengunjung tempat ini dengan bayaran $10 (RM25)

Wang Singapura

Waktu malam, berjalan-jalan di sekitar Danga Bay

Ketika pulang, singgah sebentar di Johor Premium Outlet


Pemilihan Kadar Batuan (MILAGE) untuk Setiap Servis Penukaran Minyak Hitam

Pelbagai cara atau kaedah telah digunakan untuk menentukan milage untuk satu-satu minyak hitam untuk motorsikal anda. Tiada kaedah secara saintifik dan tepat dapat digunakan untuk menentukan kadar milage untuk setiap kali servis.

Kaedah untuk menentukan kadar milage ketahanan minyak hitam yang saya gunakan adalah :-

"Setiap kali penukaran minyak hitam pada satu2 milage, contoh 2000km, rasakan kelancaran enjin samada enjin lembut, ringan, berat, bising dan sebagainya....then tukar minyak hitam....JIKA selepas penukaran minyak hitam tersebut kelancaran enjin SAMA seperti sebelum penukaran minyak hitam tersebut, maka milage digunakan adalah sesuai...."

1. JIKA = kelancaran enjin LEBIH TERUK/ENJIN BERAT dan sebagainya selepas penukaran minyak hitam, KURANGKAN kadar milage....contoh sebelum ini adalah 2000km, kurangkan menjadi 1000km sahaja

2. JIKA = kelancaran enjin LEBIH BAGUS dari sebelum penukaran minyak hitam, KURANGKAN juga milage anda, bermakna milage minyak hitam anda tidak sesuai

3. JIKA = kelancaran enjin adalah SAMA sebelum dan selepas penukaran minyak hitam, anda boleh meningkatkan lagi milage anda SEHINGGA terdapat perbezaan terhadap kelancaran enjin sebelum dan selepas penukaran minyak hitam....contoh sebelum ini milage 2000km, boleh ditingkatkan menjadi 3000km sebelom penukaran minyak hitam dilakukan.




Pada waktu sekarang, ketiga-tiga jentera beroda dua yang saya miliki menggunakan minyak hitam jenama AMSOIL 10w40. Selain kandungannya yang 'wet clutch compatible' amatlah sesuai dengan jentera motorsikal yang saya miliki sekarang. Minyak hitam ini telah saya test kadar batuan (MILAGE) untuk jentera standard tanpa sebarang modifikasi, ia boleh menjangkau sehingga 5000km milage bagi setiap penukaran minyak hitam. Paling jauh ujian yang saya buat adalah sehingga 9000km milage dan minyak hitam ini masih lagi memberikan kelancaran yang baik terhadap enjin.

Tetapi saya menetapkan untuk menggunakan kadar batuan 5000km untuk setiap kali servis bagi mengelakkan ALPA ATAU TERLUPA akibat terlalu lama penggunaan motosikal tanpa servis.



Ketiga-tiga jentera yang menggunakan minyak hitam AMSOIL

Suzuki BelangR150 di Litar Antarabangsa Sepang -Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance 4 Hours Race Peringkat Akhir 2013/2014

Sekali lagi ~ Suzuki BelangR150 Terbukti Ketahanan diLitar Lumba -Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance 4 Hours Race 2013/2014 Peringkat Akhir di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang.

Penyertaan untuk kali kedua, dimana penyertaan yang pertama adalah pada tahun 2012 lalu, tahun 2013 sekali lagi membuka kalender kejohanan endurance anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Motorsport Association of Malaysia. Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance 2 Hours Race 2013 ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru didalam perlumbaan motosikal.



Dengan peringkat kelayakan pada bulan Oktober 2013 yang lalu di litar Elite, USJ yang lalu, pasukan kami telah menempatkan diri dalam kelompok 27 pasukan yang layak untuk beraksi di peringkat Akhir di Litar Antarabangsa Sepang.

Berbekalkan keyakinan, serta peraturan baru tahun ini yang hampir sama berbanding peraturan tahun lepas 2012, persiapan jentera dilakukan bagi mendapatkan setting yang terbaik. Jentera BelangR150 yang telah mempunyai 147cc perlu dimaksimumkan keupayaan jentera bagi memberikan saingan yang lebih baik tahun ini. 




Namun bukan rezeki kami tahun ini apabila setting pada jentera tampak tidak menjadi. Pelbagai cabaran, suka duka ditempuhi sepanjang perjalanan ke Litar Antarabangsa Sepang. Namun hanya semangan dan keazaman menjadi bekalan ke Litar Sepang. 



Walau apa pun cabaran mendatang, ia semakin mengukuhkan semangat setiakawan dalam setiap pasukan. Dengan semangat setiakawan itulah, saya ucapkan jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang sudi membantu.

Perjuangan tidak berakhir disini, selagi nadi berdenyut, selagi itu kami akan berusaha lagi




Sessi Rider dan Manager briefing



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...