Minyak tersebut yang banyak digunapakai oleh kenderaan 4 roda agak tidak sesuai untuk digunakan oleh motosikal. Ini kerana minyak pelbagai kelikatan (multi-grade engine oil) tidak mempunyai ramuan bagi sistem klac untuk beroperasi. Hasinya, minyak pelincir tersebut telah ditambah dengan satu bahan dipanggil penambah kelikatan (viscocity improver) atau gradingnya dikenali sebagai VI (viscosity index) bagi menambah keupayaan minyak pelincir didalam motosikal pada suhu panas.
Penambahan VI yg banyak didalam minyak pelincir untuk motosikal juga agak kurang berkesan kerana peningkatan tegasan ricih (shear stress) kepada gearbox yang mempunyai RPM yang agak tinggi serta terdedah kepada degradasi oleh minyak tersebut akan mengakibatkan minyak pelincir tersebut gagal berfungsi.
Kebergantungan semata-mata VI dalam minyak pelincir menyebabkan minyak pelincir tersebut tidak dapat bertahan lama atau tidak mempunyai jangkahayat yang tinggi. Disebabkan itu, pengenalan kepada minyak sintetik dapat membantu minyak pelincir berfungsi dengan baik pada suhu yang tinggi serta rendah. Minyak sintetik juga mempunyai kelikatan yang stabil pada pelbagai paras suhu.
![]() |
| Minyak pelincir yang biasa digunakan di Suzuki BelangR150 aku |
![]() |
| Minyak pelincir yang digunakan di Kawasaki ZX2R |

