Search This Blog

Showing posts with label Konvoi Jalanan. Show all posts
Showing posts with label Konvoi Jalanan. Show all posts

Ride Santai Jelajah Singapura

Alhamdulillah....bersyukur ku kehadrat Illahi, ride santai ke Kota Singa, Singapura telah tercapai hajatnya...Terima kasih buatShah ShariffMuhammad Asmuie Bin Khairon dan Nazrie Razakyang sudi turut serta dalam ride santai ini...memang syok Ride ngan korang!!!!...superbbb...

Terima kasih tidak terhingga buat rakan2 #SBRJ yang sudi menyambut kedatangan kami ke bumi bertuah JOHOR....buatWalid Dira NonearaNia NonearaEkie BelangNazri Ramlan, CintaChinta Khairul ShahiraSehijau DaunAegigHarizons Mhba dan rakan2 lain yg aku lupa nama...terima kasih juga buat Waliyuddin Syamim yg sudi menemankan kami dari hari jumaat hingga ahad...Jasa baik korang hanya ALLAH mampu membalasnya.....

Terima kasih semua....

Selamat tiba dibumi Singapura...


Sessi TTS bersama warga Suzuki Belang Johor (SBRJ)
Ride yang dibuat ini bukan sekadar menjelajah singapura, tetapi juga bertemu dan beramah mesra dengan rakan-rakan pemilik jentera Suzuki Belang R 150 di selatan tanahair. Kehadiran kami yang disambut mesra oleh mereka menjadikan Ride kali ini amat bermakna buat kami. 

Prosedur biasa bagi mereka yang berminat untuk menjelajah Kota Singa, Singapura :-

  1. Sediakan passport, passport mestilah mempunyai tidak tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tamat tempoh passport
  2. Sediakan Geran motorsikal dan insurans (cover note insurans), dokumen ini penting apabila anda ditahan oleh mana-mana penguatkuasa Singapura bagi menunjukkan jentera anda adalah sah dan bukan dicuri
  3. Ketika hendak memasuki perkarangan imigresen dan kastam Singapura, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang berharga lebih murah dari harga di Singapura dalam kuantiti yang banyak (contoh : rokok adalah sekotak dan lain-lain)
  4. Jika anda datang selain dari hari minggu, caj sebanyak $5 (rm13) dikenakan keatas motorsikal anda dan $20 (rm52) untuk kereta untuk sehari, hari minggu percuma. Isi borang ketika memasuki Singapura dan bayar sebelum memasuki kompleks imigresen Singapura ketika hendak keluar dari Singapura.
  5. Ketika hendak keluar, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang lebih murah dari pasaran Malaysia keluar dari Singapura dalam kuantiti yang banyak TANPA mengisytiharkannya (contoh : aksesori motosikal, helmet, baju dan lain-lain). Kastam Singapura jauh lebih ketat berbanding kastam Malaysia, jika tersilap ataupun disyaki, mereka mudah menahan anda dilokap beberapa hari mengikut undang-undang Singapura. 

Sedikit sebanyak kenangan di Singapura :- 


Berjalan-jalan disekitar Singapura, pastikan anda mematuhi halaju yang ditetapkan. AES Singapura dipasang di sepanjang lebuhraya Singapura, jika anda disaman, anda perlu menjelaskan saman tersebut sebelum meninggalkan bumi Singapura. 

Berehat di Kelantan Road, Geylang Singapura

Berehat santai di Pantai berhampiran Cangi, Singapura. Basikal dan rollerblade disediakan untuk disewa bagi pengunjung-pengunjung tempat ini dengan bayaran $10 (RM25)

Wang Singapura

Waktu malam, berjalan-jalan di sekitar Danga Bay

Ketika pulang, singgah sebentar di Johor Premium Outlet


Ride Santai ke Temerloh, Patin Temerloh

Temerloh, bandar yang sinonim dengan ikan patin

Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin".


Bacaam Doa makan

Hidangan ikan Patin




singgah menyejukkan badan di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang

Sambutan Kemerdekaan 2013

Salam kemerdekaan buat semua pembaca Dunia Motorsikal

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.  Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Singgah santai di Benteng, Seremban



Konvoi Jalanan ke Lata Iskandar, Tapah serta pau Yik Mun Tg Malim

Air terjun Lata Iskandar merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Lata Iskandar terletak berhampiran dengan Tapah, Batang Padang, Perak.

sampai di Lata Iskandar, Tapah... — at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan.

 Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli. Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.

Esso rnr Sg buloh tutup, terpaksa ke rnr Rawang.... — at R&R Rawang arah utara.



Lapor yop...makan nasik dulu............. — at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Isyarat baru abam Sa Ha R.....hehehehehe — at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Fotogenik???..............hahahahahaa — with Syukry Shuhaimy, Waecha Durek and Zaidy Ismail at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Aksi gembira sang juara...........hahahahaha (jaga WSN, Joneys Wahab pulangkan high cam aku!!!!) — at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Di Restoran Pau Yik Mun Tg.Malim.....belasah 5 bijik pau tak kenyang lagik, apebende tepung la diorang guna ??? — with Waecha Durek, Syukry Shuhaimy, Sa Ha R, Zhaŕİf ZeaĽŏus and Zaidy Ismail at Yik Mun Tg Malim Pau.

Dari Klawang ke Elite Speedway Circuit.....







Kuala Kelawang ialah bandar terbesar bagi daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Sungai Kelawang tidak begitu lebar , cuma 2 meter lebar dan kadang-kala airnya kering. Hulu sungai ini dipercayai dari Bukit Hantu.

Kira-kira 40 kilometer dari Seremban, bandar ini dihuni oleh masyarakat majmuk majoritinya Melayu diikuti keturunan Cina dan India. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung sementara kaum Cina tingal di bandar Kuala Kelawang menjalankan perniagaan dan perdagangan.

Air terjun Jeram Toi menjadi tumpuan penbduduk tempatan untuk berkelah. Jalan raya yang bengkang-bengkok dan berliku berhampiran Jeram Toi telah dilurus dan dilebarkan bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke Seremban dan sebagainya.

Jalan ke Kuala Kelawang dari Hulu Langat sememangnya popular dikalangan penunggang motorsikal kerana sifat geografinya yang bengkang-bengkok serta jauh dari rumah disekeliling. 

Merehatkan tangan & membasahkan tekak.....
cbr 250 parking sebelah rabbit.....hahahah
Deretan SBK....
membasahkan tekak

Rakan Pembalap,..............

Ride bersama rakan CBR250 ~ Gunung Ledang, Tangkak 5/2/ 2012

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Sagil, Ledang. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.


Perjalanan dimulakan seawal jam 9 pagi setelah berkumpul di Shell selepas tol Sg Besi arah selatan. Konvoi ini bergerak pada kelajuan sekata 130km/j dengan dimulakan oleh penunggang CBR250 dan diikuti oleh BelangR150.


Isi minyak di R&R Ayer Keroh.....
Gelak sakan setelah berjaya menapau motor lain..... ;p
Perjalanan ini berhenti seketika di R&R Ayer Keroh bagi mengisi minyak. Saiz tangki yang kecil bagi BelangR150 hanya mampu memuatkan sekitar 5liter dan hanya mampu bertahan dalam jangkauan maksimum 100km perjalanan sahaja. Selepas dari Tol Sg Besi, BelangR150 terpaksa berhenti di hentian R&R Seremban bagi mengisi minyak sebelum berhenti sekali lagi di R&R Ayer Keroh.

Tol Tangkak.............

1st persinggahan....Tangkak, Ledang....gerai rakan CBR250...........nyum nyum nyum......


BelangR150 menakluk Gunung Ledang............
Mandi Manda

Tg Emas, Muar..........ride bersama rakan CBR250

Ride Santai Menakluk FRASER HILL ~ 19 Februari 2012

Ride menakluk Fraser Hill, ride yg santai menikmati keindahan alam. Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang. Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser .

Gambar Hiasan panorama di Bukit Fraser
 Konvoi bermula dari Petronas Sg Tua, jam 9 pagi. Sambil bersarapan di warung sekitar lokasi berkumpul, sempat juga bersuai kenal dengan para penunggang motosikal berjenama lain yang menuju pelbagai destinasi lain.

Berkumpul bersama geng SBK....rasa macam bawak SBK lak...hehehe
Bermula di Petronas Sg. Tua, perjalanan diteruskan hingga ke Batang Kali, Selangor untuk mengisi minyak.


Isi minyak (serta ke toilet) diBatang kali
— in Batang Kali.
Perjalanan diteruskan hingga ke Kuala Kubu Bahru. Kuala Kubu Bharu ialah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di atas puncak bukit. Ia ialah ibu daerah Hulu Selangor. Di kalangan penduduknya, Kuala Kubu Bharu juga dikenali dengan singkatan KKB.


Menikmati keindahan Alam...di kawasan tadahan di Kuala Kubu Baru
 Kuala Kubu Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai Kuala Kubu diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Athelstane Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell. Pada masa itu, Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang. Oleh kerana banjir besar yang melanda, pihak British telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931.

Kuala Kubu dibuka pada kurun kelapan belas oleh orang-orang Melayu dan mereka merupakan perintis kepada kegiatan melombong bijih di daerah itu, sehingga dapat membina empangan besar untuk kerja-kerja mendulang bijih. Daerah itu juga pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi dan Syed Mashor menentang angkatan perang Tengku Kudin dalam Perang Saudara di Selangor pada tahun 1867-1874. Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat dan pada tahun 1931, maka lahirlah pekan Kuala Kubu Bharu yang kekal hingga ke hari ini sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Selangor, menggantikan Kuala Kubu Lama yang kini tinggal kenangan. Sehingga kini kita masih dapat melihat bekas peninggalan sejarah akibat dari tragedi tersebut. Itulah serba sedikit pengenalan mengenai Kuala Kubu Bharu.

Perjalanan ke Bukit Fraser diteruskan hingga ke kaki Bukit Fraser. Bukit Fraser telah dinaik taraf dimana pelbagai kemudahan telah disediakan bermula dari kaki bukit hinggalah ke puncak bukit.

Lepak sebentar dikaki Bukit Fraser

Ketibaan Otai Giman yg tidak disangka-sangka...hehe
— at Fraser Hill.


Akhirnya berjaya menakluk Fraser.....syabas rakan2 semua....

lepak minum teh panas yg sejuk dalam 10minit....atas bukit Fraser.....
— at Fraser Hill.

Dikaki Fraser......gabungan 3 dalam 1...Scrambler supermoto, BelangR150 serta Yamaha LC135
— at Fraser Hill.
Perjalanan pulang pula melalui Bentong, Pahang


dikaki bukit, Bentong.............
— at Fraser Hill.
Genting Sempah.....Minum petang penamat bagi ride ini....setelah tamat menakluk Fraser Hill............... ;p

Ride SNF bersama Belangrianz RWP Ipoh, Perak

Satu sessi konvoi SNF (Suzuki Night Fever) menziarahi rakan Belangrianz RWP Ipoh serta singgah menziarah saudara Joney Wahab yang terlibat dalam kemalangan suatu ketika dahulu. Konvoi ini disertai oleh sebahagian besar Belangrianz Suzuki BelangR150 Community (SBRC) dan dalam lingkungan 50 peserta hadir memeriahkan suasana.

Sebahagian dari video semasa konvoi tersebut.



Beberapa petikan gambar diambil ketika aktivi tersebut berlangsung

Berpossing sebelum berkonvoi..... di R&R Sg Buloh arah Utara
Gambar beramai-ramai sebelum konvoi

R&R Tg Malim
R&R Tapah

R&R Simpang Pulani....RV bertemu Belangrianz RWP Ipoh...
— in Kuala Kangsar.

R&R Sg Perak...setting moto kasik lagi laju...termengah pomen menyetting...hahahhaa
— in Kuala Kangsar.

sampai dilokasi...Kuala Kangsar....parking moto...
— in Kuala Kangsar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...