Search This Blog

Pemilihan Kadar Batuan (MILAGE) untuk Setiap Servis Penukaran Minyak Hitam

Pelbagai cara atau kaedah telah digunakan untuk menentukan milage untuk satu-satu minyak hitam untuk motorsikal anda. Tiada kaedah secara saintifik dan tepat dapat digunakan untuk menentukan kadar milage untuk setiap kali servis.

Kaedah untuk menentukan kadar milage ketahanan minyak hitam yang saya gunakan adalah :-

"Setiap kali penukaran minyak hitam pada satu2 milage, contoh 2000km, rasakan kelancaran enjin samada enjin lembut, ringan, berat, bising dan sebagainya....then tukar minyak hitam....JIKA selepas penukaran minyak hitam tersebut kelancaran enjin SAMA seperti sebelum penukaran minyak hitam tersebut, maka milage digunakan adalah sesuai...."

1. JIKA = kelancaran enjin LEBIH TERUK/ENJIN BERAT dan sebagainya selepas penukaran minyak hitam, KURANGKAN kadar milage....contoh sebelum ini adalah 2000km, kurangkan menjadi 1000km sahaja

2. JIKA = kelancaran enjin LEBIH BAGUS dari sebelum penukaran minyak hitam, KURANGKAN juga milage anda, bermakna milage minyak hitam anda tidak sesuai

3. JIKA = kelancaran enjin adalah SAMA sebelum dan selepas penukaran minyak hitam, anda boleh meningkatkan lagi milage anda SEHINGGA terdapat perbezaan terhadap kelancaran enjin sebelum dan selepas penukaran minyak hitam....contoh sebelum ini milage 2000km, boleh ditingkatkan menjadi 3000km sebelom penukaran minyak hitam dilakukan.




Pada waktu sekarang, ketiga-tiga jentera beroda dua yang saya miliki menggunakan minyak hitam jenama AMSOIL 10w40. Selain kandungannya yang 'wet clutch compatible' amatlah sesuai dengan jentera motorsikal yang saya miliki sekarang. Minyak hitam ini telah saya test kadar batuan (MILAGE) untuk jentera standard tanpa sebarang modifikasi, ia boleh menjangkau sehingga 5000km milage bagi setiap penukaran minyak hitam. Paling jauh ujian yang saya buat adalah sehingga 9000km milage dan minyak hitam ini masih lagi memberikan kelancaran yang baik terhadap enjin.

Tetapi saya menetapkan untuk menggunakan kadar batuan 5000km untuk setiap kali servis bagi mengelakkan ALPA ATAU TERLUPA akibat terlalu lama penggunaan motosikal tanpa servis.



Ketiga-tiga jentera yang menggunakan minyak hitam AMSOIL

3 comments:

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...