Search This Blog

Ride Santai Jelajah Singapura

Alhamdulillah....bersyukur ku kehadrat Illahi, ride santai ke Kota Singa, Singapura telah tercapai hajatnya...Terima kasih buatShah ShariffMuhammad Asmuie Bin Khairon dan Nazrie Razakyang sudi turut serta dalam ride santai ini...memang syok Ride ngan korang!!!!...superbbb...

Terima kasih tidak terhingga buat rakan2 #SBRJ yang sudi menyambut kedatangan kami ke bumi bertuah JOHOR....buatWalid Dira NonearaNia NonearaEkie BelangNazri Ramlan, CintaChinta Khairul ShahiraSehijau DaunAegigHarizons Mhba dan rakan2 lain yg aku lupa nama...terima kasih juga buat Waliyuddin Syamim yg sudi menemankan kami dari hari jumaat hingga ahad...Jasa baik korang hanya ALLAH mampu membalasnya.....

Terima kasih semua....

Selamat tiba dibumi Singapura...


Sessi TTS bersama warga Suzuki Belang Johor (SBRJ)
Ride yang dibuat ini bukan sekadar menjelajah singapura, tetapi juga bertemu dan beramah mesra dengan rakan-rakan pemilik jentera Suzuki Belang R 150 di selatan tanahair. Kehadiran kami yang disambut mesra oleh mereka menjadikan Ride kali ini amat bermakna buat kami. 

Prosedur biasa bagi mereka yang berminat untuk menjelajah Kota Singa, Singapura :-

  1. Sediakan passport, passport mestilah mempunyai tidak tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tamat tempoh passport
  2. Sediakan Geran motorsikal dan insurans (cover note insurans), dokumen ini penting apabila anda ditahan oleh mana-mana penguatkuasa Singapura bagi menunjukkan jentera anda adalah sah dan bukan dicuri
  3. Ketika hendak memasuki perkarangan imigresen dan kastam Singapura, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang berharga lebih murah dari harga di Singapura dalam kuantiti yang banyak (contoh : rokok adalah sekotak dan lain-lain)
  4. Jika anda datang selain dari hari minggu, caj sebanyak $5 (rm13) dikenakan keatas motorsikal anda dan $20 (rm52) untuk kereta untuk sehari, hari minggu percuma. Isi borang ketika memasuki Singapura dan bayar sebelum memasuki kompleks imigresen Singapura ketika hendak keluar dari Singapura.
  5. Ketika hendak keluar, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang lebih murah dari pasaran Malaysia keluar dari Singapura dalam kuantiti yang banyak TANPA mengisytiharkannya (contoh : aksesori motosikal, helmet, baju dan lain-lain). Kastam Singapura jauh lebih ketat berbanding kastam Malaysia, jika tersilap ataupun disyaki, mereka mudah menahan anda dilokap beberapa hari mengikut undang-undang Singapura. 

Sedikit sebanyak kenangan di Singapura :- 


Berjalan-jalan disekitar Singapura, pastikan anda mematuhi halaju yang ditetapkan. AES Singapura dipasang di sepanjang lebuhraya Singapura, jika anda disaman, anda perlu menjelaskan saman tersebut sebelum meninggalkan bumi Singapura. 

Berehat di Kelantan Road, Geylang Singapura

Berehat santai di Pantai berhampiran Cangi, Singapura. Basikal dan rollerblade disediakan untuk disewa bagi pengunjung-pengunjung tempat ini dengan bayaran $10 (RM25)

Wang Singapura

Waktu malam, berjalan-jalan di sekitar Danga Bay

Ketika pulang, singgah sebentar di Johor Premium Outlet


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...