Search This Blog

Model CDI (Capacitor Discharge Ignition) untuk Suzuki Belang R150

CDI ataupun dikenali sebagai Capacitor Discharge Ignition andalah salah satu komponen elektrikal didalam motorsikal yang berfungsi menyalurkan voltan dan arus ke koil plug sebelum dihantar ke plug untuk tujuan pembakaran.

Terdapat pelbagai jenis CDI dijual dipasaran termasuklah CDI BRT, Rextor, API dan lain-lain lagi. CDI tersebut adalah CDI yang dihasilkan oleh pengeluar bukan dari Suzuki dan digunakan bagi meningkatkan keupayaan jentera motorsikal.

Suzuki Belang R150 sinonim dengan dua jenis model yang membezakan model baru dan model yang lama. Model lama BelangR150 menggunakan CDI buatan Denso Malaysia juga dikenali sebagai CDI 6 pin seperti dikiri dalam gambar.

Model baru pula menggunakan CDI juga buatan Denso Malaysia seperti di bahagian kanan gambar, ia juga dikenali sebagai CDI 5 pin.


Istilah 6 atau 5 pin tersebut bukanlah dirujuk pada pin penyambung soket pada CDI tersebut, tetapi wayar penyambung dari CDI tersebut ke wayar rangkaian utama. Soket pada CDI tersebut tetap mengandungi 6 kepingan pin TETAPI yang membezakannya adalah jaluran wayar yang disambungkan kepada CDI tersebut.

Gambar dibawah menunjukkan jarigan wayar kepada CDI tersebut ke rangkaian wayar utama (wiring harnes) : -



8 comments:

  1. Wayar biru-putih function ape? Knp yg model lame ada dan yg br xda wayar biru-putih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan wayar tak pasti...tak penah barai lagi wayar satu persatu...

      Delete
  2. Replies
    1. sebagai salah satu cara penjagaan enjin....meninggkatkan jangkahayat enjin

      Delete
  3. npe yg lame de dua massa yg baru de satu je...npe ek

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...