Perjalanan jalan2 kali ini adalah ke Ayer Keroh, Melaka bagi menyaksikan sendiri deruman enjin cubprix disana. Perjalanan dari Kuala Lumpur dimulakan dengan perjumpaan rakan2 di stesen minyak Shell selepas Tol Sg Besi arah selatan jam 8 pagi.
|
Diplaza tol Ayer Keroh, Melaka |
|
Di Stadium Hang Jebat, Melaka |
Sampai di Tol Ayer Keroh, Melaka pada jam 11 pagi, rakan-rakan dari Melaka telah menyambut kedatangan kami dengan mesra. Gabungan jentera suzuki bersama CBR250 meneruskan perjalanan ke Litar CubPrix di stadium Hang Jebat, Melaka.
|
Pameran motor cub prix pasukan suzuki |
|
Pameran moto cub prix pasukan Petronas |
Sedikit sebanyak kenangan2 ketika disana....
Selesai membingitkan telinga bersama deruman enjin cub prix, kami meneruskan perjalanan di sekitar Bandar Melaka Bandaraya bersejarah. Malah makan tengah hari (waktu dah petang baru nak makan) di sekitar pantai Klebang, Melaka.
|
Ketika di Pantai Klebang, Melaka |
Selepas selesai melawat sekitar pantai, lokasi berikutnya adalah di kota lama A'Famosa. Kota lama peninggalan penjajah portugis yang menjajah Melaka suatu ketika dulu. Amat nostalgia bila mengenang kembali sejarah2 di Malaysia..
|
Pemandangan di atas Kota A'Famosa |
Sekian untuk edisi konvoi.....bersambung akan datang......
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini