Bercerita, bersembang serta bertukar info berkaitan dunia permotoran, sukan bermotor dan gagasan ilmiah permotoran
Search This Blog
Penjagaan Rantai Motorsikal
Banyak produk- produk penjagaan motor boleh didapati di pasaran sekarang. Pelbagai bentuk dan saiz boleh didapati. Aku juga telah mencuba pelbagai jenis cecair penjagaan rantai namun masih kurang berpuas hati. Sekian lama mencari, akhir muncul seorang rakan memperkenalkan satu produk penjagaan rantai, dan aku pun mencuba.
'Maxima cleaning care kit' tidak asing bagi pengguna jentera berkuasa tinggi (superbike) tetapi masih janggal bagi pengguna motorsikal kapcai. Ini kerana tidak ramai pengguna kapcai menggunakan rantai jenis o-ring mahupun x-ring yang mahal harganya sebagaimana yang digunakan oleh superbike. Namun, penjagaan rantai tidak tertakluk hanya kepada rantai jenis o-ring ataupun x-ring sahaja. Dalam memastikan jentera kapcai berada didalam kondisi yang optimum, rantai pemacu perlu berada didalam keadaan terbaik dan perlu dicuci serta diselenggara secara berjadual.
Aku menggunakan Maxima cleaning care kit kerana ia mudah digunakan dan jangkahayat rantai dapat ditingkatkan. Cara-cara menggunakan maxima cleaning care kit nie adalah sepertimana dibawah :-
1. Motorsikal berada didalam kedudukan tongkat tengah (double stand), dan hidupkan enjin motorsikal. Masuk gear 1 dan biar rim belakang berpusing. Sembur tin Clean Up (warna biru) sehingga rata keatas rantai pemacu
2. Setelah rata, curahkan air keatas rantai sehingga kekotoran dirantai nampak hilang dan rantai menjadi bersih. Biarkan enjin motorsikal dalam keadaan hidup untuk membuang sisa-sisa air di rantai. Biarkan selama 5 minit
3. Setelah rantai bersih dan sisa air nampak hilang (tak perlu kering 100%), semburkan tin MPPL keatas rantai hingga rata. Cecair dari tin MPPL akan memasuki liang-liang dan rongga-rongga rantai dan melicinkan pergerakan rantai
4. Akhir sekali, sembur dari tin chain wax, chain wax 'akan menutup' rongga rantai dan memberikan kesan gris terhadap rantai bagi melicinkan lagi pergerakan rantai.
Hanya empat cara mudah diatas, dan mampu dibuat dalam masa lebih kurang 10minit untuk membersihkan rantai motorsikal anda. Hasilnya, rantai motorsikal anda akan mempunyai jangkahayat yang tinggi berbanding rantai yang hanya disapu dengan gris biasa.
Labels:
Penjagaan Rantai Motorsikal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
admin,,kat mane ade jual bende ni??
ReplyDeletebrape harga 1 set bende ni??
Biasanya dijual di kedai2 motorsikal berkuasa tinggi (superbike)...harga sekitar rm120
Deletesalam, saya tolong member saya dia nak cari sponsor. dia seorang rider motocross fb beliau (mukhlis basri) tinggal di klang. jika mahu gambar pm saya . jentera yang diguna sekarang honda crf450r. tq
ReplyDeletemaaf tuan, jika ada terlintas dan terjumpa sponsor utk motocross saya maklumkan....
Delete