Search This Blog

Panduan Mengisi Minyak Enjin Suzuki BelangR150


Salam Muhibbah semua.....

Ramai yang telah sedia maklum bahawa minyak enjin memainkan peranan penting bagi menentukan prestasi enjin motosikal anda berfungsi dalam keadaan terbaik. Perbincangan berkaitan jenis minyak enjin hangat diperkatakan dan juga banyak pendapat telah dikeluarkan berkaitan jenis-jenis minyak enjin yang sesuai.

Disini, aku ingin berkongsi serba sedikit berkaitan bilangan isipadu minyak enjin yang sesuai diletakkan didalam enjin suzuki BelangR150. Mengikut manual didalam buku panduan pemunya BelangR150, disarankan oleh pengilang suzuki untuk mengisi lebih kurang 1 liter minyak enjin setiap kali menukar minyak enjin yang baru. Isipadu 1 liter tersebut hanya tertakluk tanpa penukaran penapis minyak (oil filter). Jika anda menukar minyak enjin beserta penapis minyak , disarankan juga mengisi sebanyak 1.2 Liter minyak enjin.

Di suatu sudut lain juga, Suzuki BelangR150 telah direka dengan kelengkapan engine breather yang dapat dilihat satu hos besar dari enjin ke kotak angin sepertimana gambar dibawah

Engine breather tersebut berfungsi untuk membantu sistem penyejukan enjin suzuki BelangR150. Haba panas dari enjin akan keluar melalui hos tersebut ke kotak angin, yang mana kita sedia maklum bahawa dalam perjalanan yang jauh, enjin motorsikal akan panas dan bahangnya akan dikeluarkan melalui sistem penyejukan enjin dan dibantu oleh Engine Breather ini. Konsep Engine Breather ini akan menyebabkan wap minyak enjin akan keluar dari kotak enjin dan penyusutan minyak enjin akan berlaku terutama ketika motorsikal melalui jalan yang agak jauh.

Salah satu cara yang mungkin membantu untuk menyelesaikan masalah diatas adalah dengan mengisi minyak enjin lebih dari disarankan oleh pengilang, persoalannya adalah berapakah amaun minyak enjin perlu diisi?. Disini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak amaun minyak enjin berdasarkan cermin sisi enjin BelangR150.

Pada kebiasaanya, aku akan mengisi hingga paras (tanda merah dalam gambar dibawah) diatas sekali cermin paras minyak enjin. Pada kala tersebut, minyak akan penuh menutupi cermin tersebut, dan hidupkan enjin motorsikal. Paras minyak enjin didalam cermin adalah sepertimana didalam gambar.


Apabila enjin dimatikan, paras minyak enjin akan kembali perlahan-lahan ke aras garisan merah tersebut. Dengan cara ini, paras minyak enjin adalah selamat untuk perjalanan jauh walaupun penguwapan minyak enjin berlaku terutama ketika cuaca panas.

Persoalan kedua pula, adakah enjin akan menjadi sebu dengan lebihan minyak enjin tersebut?? Sebenarnya tidaklah sebu sangat hingga mengurangkan prestasi enjin. Ini kerana konsep diatas telah dicuba dari pelbagai siri konvoi yang penah aku lalui sebelum ini, dan prestasi enjin tidak pernah menghampakan.

Pepatah orang tua mengatakan "minyak enjin lebih, sebu atas jalan....minyak enjin kurang, duduk tepi jalan tunggu orang tunda (moto jem)"

Pilihan ditangan anda............

4 comments:

  1. assalamualaikom. saya ingin bertanyakan 1 soalan... berapa jauh motor suzuki belangR 150 nie jalan dalam minyak yg penuh 4.9 liter.???

    ReplyDelete
  2. Kalo stendet semua... dalam 90-100km tu dah tinggal satu bata dah kat meter... kena isi dah tu. Tu jarak highway.. kalo dalam town anggaran dlm 70km gitu je la dah kena isi lain. Tgk cara bawak sama la..

    ReplyDelete
  3. Maksudnya kene beli 2 botol la kalau isi 1.2 liter. Sebotol semi synthetic dah rm40, kalau dua dah rm80.. Kopak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...