Search This Blog

Minyak Pelincir Motosikal

Minyak pelincir motosikal, ada yang memanggilnya sebagai minyak hitam secara amnya agak mudah untuk meluntur kepada pelbagai paras kelikatan bergantung kepada suhu persekitaran dan enjin. Kebiasaannya kebanyakan kenderaan empat roda menggunakan minyak pelincir yg ditambah dengan campuran istimewa yang dipanggil 'anti-wear additives'.

Minyak tersebut yang banyak digunapakai oleh kenderaan 4 roda agak tidak sesuai untuk digunakan oleh motosikal. Ini kerana minyak pelbagai kelikatan (multi-grade engine oil) tidak mempunyai ramuan bagi sistem klac untuk beroperasi. Hasinya, minyak pelincir tersebut telah ditambah dengan satu bahan dipanggil penambah kelikatan (viscocity improver) atau gradingnya dikenali sebagai VI (viscosity index) bagi menambah keupayaan minyak pelincir didalam motosikal pada suhu panas.

Penambahan VI yg banyak didalam minyak pelincir untuk motosikal juga agak kurang berkesan kerana peningkatan tegasan ricih (shear stress) kepada gearbox yang mempunyai RPM yang agak tinggi serta terdedah kepada degradasi oleh minyak tersebut akan mengakibatkan minyak pelincir tersebut gagal berfungsi.

Kebergantungan semata-mata VI dalam minyak pelincir menyebabkan minyak pelincir tersebut tidak dapat bertahan lama atau tidak mempunyai jangkahayat yang tinggi. Disebabkan itu, pengenalan kepada minyak sintetik dapat membantu minyak pelincir berfungsi dengan baik pada suhu yang tinggi serta rendah. Minyak sintetik juga mempunyai kelikatan yang stabil pada pelbagai paras suhu.

Minyak pelincir yang biasa digunakan di Suzuki BelangR150 aku

Minyak pelincir yang digunakan di Kawasaki ZX2R

20 comments:

  1. saya cadangkan penggunaan apa jua minyak semi sintetik ataupon fully sintetik

    ReplyDelete
  2. Salam Admin,
    saya ade kuda belang sebijik ;D
    tapi berape km yg saya perlu menukar minyak hitam dan oil filter sama ade 1000km atau 2000km.
    harap admin sudi menjawab soalan saya, tq :)
    saya pakai minyak hitam Motul 5100 10W 40 (semi-synthetic)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. jika anda sayang enjin, digalakkan menukar oil filter pada setiap kali penukaran minyak hitam....

      2. milage ketahanan minyak hitam nie ada pelbagai cara, cara yg saya gunakan adalah
      " setiap kali penukaran minyak hitam pada satu2 milage, contoh 2000km, rasakan kelancaran enjin samada enjin lembut, ringan, berat, bising dan sebagainya....then tukar minyak hitam....JIKA selepas penukaran minyak hitam tersebut kelancaran enjin SAMA seperti sebelum penukaran minyak hitam tersebut, maka milage digunakan adalah sesuai...."

      JIKA = kelancaran enjin LEBIH TERUK/ENJIN BERAT dan sebagainya selepas penukaran minyak hitam, kurangkan kadar milage....contoh sebelum ini adalah 2000km, kurangkan menjadi 1000km sahaja

      JIKA = kelancaran enjin LEBIH BAGUS dari sebelum penukaran minyak hitam, KURANGKAN juga milage anda, bermakna milage minyak hitam anda tidak sesuai

      JIKA = kelancaran enjin adalah SAMA sebelum dan selepas penukaran minyak hitam, anda boleh meningkatkan lagi milage anda SEHINGGA terdapat perbezaan terhadap kelancaran enjin sebelum dan selepas penukaran minyak hitam....contoh sebelum ini milage 2000km, boleh ditingkatkan menjadi 3000km sebelom penukaran minyak hitam dilakukan....

      Delete
  3. Assalamualaikum tuan..

    Saya nak mintak recommended dari tuan admin, minyak hitam yg paling sesuai utk perjalanan ulang alik kerja sejauh 90 km pergi balik. 85% perjalanan atas highway, kelajuan antara 110-130 kmh setiap masa.

    Motor baru 8 bln, dari mula beli smpai skrg guna BelRay EXS 15w50 tp lps 4 bln guna rasa enjin bunyi kasar sikit la. ada bunyi klok..klok..klok masa revvving....bunyi ape ekk? shim ke? hehe...

    Cadang nk tukar 10w40 plak...ok tak?

    Mintak pendapat tuan admin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      Bagi pendapat saya, minyak hitam tersebut tiada masalah asalkan anda tau bagaimana dan bila kekerapan penukaran minyak hitam tersebut...boleh rujuk di link dibawah

      http://duniamotorsikal.blogspot.com/search/label/Pemilihan%20Kadar%20Batuan%20%28MILAGE%29%20untuk%20Setiap%20Servis%20Penukaran%20Minyak%20Hitam

      Masalah berkaitan enjin itu pula, saya tak dapat nak pastikan sumber bunyi tersebut...sebab takde depan mata dan tak dapat nak bayangkan...adalah lebih baik anda merujuk permasalahan anda ke suzuki center berhampiran anda....kemungkinan tensioner anda bermasalah atau mungkin benda lain saya tak pasti...

      Delete
  4. Salam..sy ada yamaha 125z..sy menggunakan motul 7100 10w40w fully synt..sy baru pakai seminggu sy tukar ke shell sx mineral..sbb bila guna motul 7100 10w40w fully ni enjin rasa kasar..bila pakai shell sx rada smooth je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya rasa kasar pada enjin tersebut mencerminkan yg enjin anda sebenarnya mmg dah kasar....biasanya enjin kasar nie disebabkan motorsikal yg dah berusia atau dah lama....jika motor anda belum sampai setahun dan enjin kasar, maka ada masalah lain terhadap enjin anda....

      Hal ini disebabkan enjin dua lejang tidak byk komponen sebagaimana enjin empat lejang, dan dengan itu enjin dua lejang lebih smooth berbanding empat lejang....

      enjin 2 lejang boleh dimuatkan dengan minyak hitam fully sintetik dengan kadar batuan melebihi 10,000 km sebelum penukaran minyak hitam dilakukan

      untuk rujukan kadar batuan, rujuk sini
      http://duniamotorsikal.blogspot.com/search/label/Pemilihan%20Kadar%20Batuan%20%28MILAGE%29%20untuk%20Setiap%20Servis%20Penukaran%20Minyak%20Hitam

      Delete
  5. Kalau guna lc v2 sesuai mengunakan minyak pelincir apa ye, sbb baru bli moto ni, n baru je guna motor. Terima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. motor baru...saya cadangkan tetap fully sintetik....

      Delete
  6. Salam Admin,

    Saya menggunakan Honda Future selama 18 bulan..mileage sekarang 3300km..sekarang saya menggunakan EO Total HiPerf 4T MCO 20W40(mineral)..adakah sesuai EO ini dengan moto saya? brape km boleh digunakan? untuk pengetahuan admin saya menggunakan moto ini pada hari bekerja sahaja sejauh 10km pergi balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jua minyak hitam boleh digunakan untuk jentera anda, walaubagaimanapun jangkahayat minyak tersebut bergantung kepada jenis minyak hitam yang digunakan....secara purata minyak mineral boleh digunakan sekitar 1000km milage, semi sintetik sekitar 2000km-3000km dan minyak fully sintetik lebih kurang 5000km milage...

      Delete
    2. guna minyak masak je...jimat lgi...bukan guna liter tapi guna kg...hehe

      Delete
  7. Kat mana nak cri minyak total hi perf

    ReplyDelete
  8. bagaimana pula dengan minyak hitam lori?hdeo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amat tidak digalakkan....kerana lori, kereta mempunyai gearbox dan clutch yg berasingan, tidak seperti motorsikal yg menggunakan minyak hitam yg sama

      Delete
  9. Assalam admin minyak hitam lps tukat belang saya terus mati2 bile tekan clutch. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  10. Salam tuan.apa pendapat tuan mengenai minyak petro canada. Skrg tgh top.

    ReplyDelete
  11. Salam......admin tolong recommend dkat sya minyak hitam terbaik untuk honda future

    ReplyDelete
  12. Salam......admin tolong recommend dkat sya minyak hitam terbaik untuk honda future

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...