Search This Blog

Pemilihan Carburator Mengikut Kehendak


Ramai yang membuat keputusan untuk menukar karburetor motosikal dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi jentera mereka. Ramai juga bertanya jenis karburator apakah yang sesuai untuk dimuatkan ke jentera masing-masing. Disini kita akan membincang jenis karburator yang sesuai dengan penggunaan jentera masing-masing.
Karburator PE 28

Secara amnya, terdapat dua jenis karburator yang biasanya mudah didapati di Malaysia iaitu jenis slide bulat (karburator NSR150 pe, pwl, ts125) dan jenis slide petak (pwk, TM MJN). Slide karburator digunakan ditengah-tengah karburator iaitu ditempat venturi karburator dimana bertindak sebagai tempat penyelarasan pembekalan udara ke enjin. Kepelbagaian saiz venturi di karburator juga menyebakan aliran minyak yang bercampur di karburator juga akan dilaraskan mengikut kehendak rpm enjin.
Prinsip operasi karburator
Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan slide petak dan slide bulat. Slide bulat direka bagi membantu mengurangkan kadar penyelenggaraan terhadap komponen motorsikal dimana didalam karburator hanya slide sahaja yang bergerak dan mengurangkan kadar kerosakan terhadap karburator. Slide bulat pula direka supaya slide tersebut lebih tahan lama kerana bentuk silinder slide tersebut mampu mengurangkan tekanan ricih yang terhasil disebabkan oleh angin yang bergerak dan dikawal sebelum ke enjin. kekurangan pada Slide bulat juga adalah terbentuknya gumpalan udara apabila udara bergerak laju pada rpm yang tinggi (sepertimana gambar dibawah).
Gumpalan udara pada rpm tinggi
Kekurangan pada slide bulat ini diatasi dengan kehadiran slide petak. Gumpalan udara tersebut dapat diatasi dengan slide petak hasil dari bentuk petak slide tersebut. Dengan kurangnya gumpalan udara, jentera dapat beraksi lebih kemas pada mid rpm berbanding slide bulat. Kelebihan slide petak ini banyak digunakan di jentera untuk beraksi di litar lumba kerana kelebihan slide petak yang dapat beraksi dengan baik pada mid rpm.

Karburator PWK 28 Slide petak

Kelemahan utama pada slide petak ini adalah tumpuan tegasan ricih yang disebabkan oleh udara laju pada rpm tinggi tertumpu pada slide petak tersebut, menjadikannya mudah pecah.


Secara kesimpulannya, slide petak mampu memberikan prestasi yang lebih baik terhadap jentera berbanding slide bulat. Akan tetapi slide petak yang mudah pecah berbanding slide bulat menjadikannya kurang diminati. Ini kerana serpihan slide yang pecah tersebut jika termasuk kedalam kebuk pembakaran enjin, mampu merosakkan valve dan piston jem.

4 comments:

  1. Salam admin, tumpang tanya, saye guna carb pe30, moto standart , just main ekzos sahaje, time pickup memang sedap, tapi pulas nak ke top tuh dy macam ade berat sikit, kene pakai host air filter ke ? Or salah set jetting, mj 120 pj 37.5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moto jenis ape bro guna?Pj tu bro kena kechik kan sikit..guna 32.5 mj tu kasi up 130 inshallah ringgan

      Delete
  2. tzm sesuai masuk moto standrt?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...