Search This Blog

Latar Belakang

Salam dunia permotoran kepada semua pembaca blog...

Disini aku sekadar berkongsi segala suka duka dan pengalaman aku serba sedikit berkaitan dengan dunia motorsikal. Aku meminati dunia motorsikal ni sejak dari kecil lagi hinggalah sekarang, dunia yg aku sukar untuk dilupakan. Suatu ketika dulu, disebabkan kekangan hidup dan keadaan yang tidak begitu mengizinkan, aku terpaksa melupakan sementara dunia yang kuminati. Resam hidup, setelah hampir 6 tahun kulupakan, kini baru sekarang aku cuba memulakan semula rentak bermotosikal yang kurang aku beri perhatian sejak hampir bertahun lamanya.

Bermula minat pada dunia motorsikal ini adalah dari penggunaan motorsikal orang tuaku iaitu sebuah Honda Cub GBO C70 yg dibuat pada tahun 1973, dan masih lagi utuh hingga sekarang. Pemilikan aku yang sebenar adalah dengan sebuah Honda EX5, dibeli pada tahun 1998, motor terpakai yang dibuat pada tahun 1995, menjadi satu titik tolak kepada satu hobi yang agak mendalam kepada dunia permotoran.

 Motor pertama yang menjadi inspirasi aku hingga ke hari ini...dan masih lagi dalam keadaan yg terbaeekkk sekarang...

Pemilikan aku yang kedua adalah Yamaha 125z yang dibeli pada tahun 2002, dan bermulalah era 2 lejang dalam hidup aku. Bermain dengan minyak 2t dan sistem ekzos yang mengeluarkan asap. Dari segi kuasa, jentera 125z memang cukup menggemparkan dunia permotoran cub kerana ia amat berkuasa dan mampu mengalahkan pesaing-pesaing dari pengeluar lain.



Pemilikan aku yang ketiga masih lagi ke Honda iaitu Honda WaveS 125 yang dibeli pada tahun 2008. Kesinambungan dari motorsikal Honda GN5 EX5 setelah jentera Yamaha 125z tersebut mengalami eksiden dan kerangka agak herot. WaveS tersebut hanya mampu digunapakai selama setahun sahaja sebelum aku beralih arah ke Suzuki BelangR150 yang dibeli pada bulan April 2009 serta sebuah Kawasaki ZX250R pada Disember 2011.


Gambar-gambar jentera kesayangan

 Isteri-isteri kesayangan.... ;p
Beristeri tiga....madu tiga




Modifikasi yang pertama

Modifikasi yang kedua


Wajah baru

Tahun silih berganti, pada tahun 2013 yang lalu aku membuat keputusan untuk menjual jentera kawasaki zxr250 tersebut. Jentera tersebut telah berpindah milik kepada tuan baru yang bermastautin di Shah Alam. Satu keputusan yang agak sukar untuk dibuat tetapi harus diambil.

Antara punca yang menyebabkan terpisahnya zxr250 tersebut adalah kerana kedatangan sebuat lagi jentera baru dalam hidupku, iaitu Aprilia Shiver 750. Sebuat jentera buatan Itali yang dikuasakan dari 2 piston yang menjana isipadu 750cc. Kehadiran jentera ini banyak berkait rapat dengan keadaan semasaku yang terpaksa menempuh perjalanan jauh setiap bulan.


Selain dari jentera Aprilia Siver 750, aku mengambil keputusan untuk kembali menunggang jentera 2 lejang. Ini kerana jentera Suzuki BelangR150 sudah tidak lagi diterima untuk memecut di litar Antarabangsa Sepang. Jentera Kawasaki kips ZX150RR menjadi pilihanku. Jentera ini banyak digunakan dilitar Sepang


Pada masa sekarang, Januari 2016 aku masih mengekalkan ketiga-tiga jentera tersebut iaitu
1. Suzuki BelangR150
2. Aprilia Shiver 750
3. Kawasaki kips zx150RR

Kepada pembaca blog ini, diucapkan selamat datang ke dunia motorsikal.............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...