Suzuki BelangR150 Terbukti Ketahanan diLitar Lumba -Kejohanan KBS-MAM Kapcai Endurance Race Peringkat Kelayakan di Litar Elite, USJ, Subang Selangor 2012
Buat julung kalinya, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Motorsport Association of Malaysia akan menganjurkan siri kejohanan Endurance khusus bagi motosikal kapcai. Kejohanan ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru didalam perlumbaan motosikal.
Lapan siri kejohanan akan diadakan dilitar-litar terpilih diseluruh Negara. Tiga kelas akan dipertandingkan iaitu:
- Kelas 1 – Motorsikal Kapcai berkeupayaan 100cc kebawah
- Kelas 2 – Motorsikal Kapcai berkeupayaan 120cc kebawah
- Kelas 3 – Motorsikal Kapcai berkeupayaan 150cc kebawah
Selesai sudah kejohanan KBS-MAM Kapchai Endurance Race pusingan ke 6...tahniah buat pemenang....Team Suzuki dan jentera Suzuki DOHC tetap tak mengecewakan.....daripada 22 pasukan yang bertanding, Gabungan BelangRianz Malaysia dan Satria FU Indonesia membentuk SBRC-INT TECH Belang Motorspeed berjaya melayakkan diri ke Pusingan Akhir di Litar SIC pada 23-24hb Februari depan...Jutaan terima kasih kepada semua Crew yang terlibat, NASTY PORT FLOW, ESDI Body Work, Pak Ya, INT TECH Motorspeed serta semua rakan2 BelangRianz yang hadir memberi sokongan...you all the best...
Perlumbaan endurance selama 2 jam, Jentera BelangR150 tetap tidak mengecewakan...tempat ke-6 dari 22 pasukan bertanding dan layak kepusingan akhir di Sepang International Circuit pada 23-24hb Februari depan....terbaeekkk
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini