Search This Blog

Jalan-jalan santai KL~Genting~Bkt Tinggi~Btg Kali....

Singgah santai sebentar di Bukit Tinggi


Mungkin ramai yang telah maklum bahawa sekitar lembah Klang dikelilingi oleh banjaran batu kapur yang tinggi dan Kuala Lumpur berada ditengah-tengah banjaran tersebut. Pusat peranginan yang paling popular adalah Genting Highland dimana ia adalah pusat peranginan tanah tinggi yang paling hampir dengan kotaraya Kuala Lumpur.

Di sekitar kawasan Genting Highland juga terdapat beberapa air terjun kecil yang menjadi kunjungan kepada keluarga di hari minggu. Bila disebut sahaja sekitar kawasan bukit dan tanah tinggi, ramai yang sedia maklum bahawa jalannya juga adalah bengkang bengkok. Selain dari menjadi kunjungan kepada keluarga beriadah pada hari minggu, kawasan tanah tinggi ini juga menjadi tarikan kepada penunggang jentera beroda dua untuk meleper (membalap) jalanraya sambil bersiar-siar dihujung minggu.

Awana Genting sambil menghirup udara segar dan sejuk


Peluang menikmati udara segar tanah tinggi Genting Highland juga dinikmati kami beserta rakan-rakan yang lain. Bersama rakan-rakan dunia permotoran beroda dua, kami bergerak seawal jam 10 pagi berpusat di Petronas Sg Tua sebagai tempat berkumpul, berjalan menaiki Bukit Tinggi dan akhir sekali minum petang di atas Genting Highland.
Diatas kawasan peranginan Genting Highland


Kereta Kabel

Begitulah sedikit sebanyak ronda-ronda kami disekitar kawasan tanah tinggi Genting Highland.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...