Search This Blog

Ride bersama rakan CBR250 ~ Gunung Ledang, Tangkak 5/2/ 2012

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Sagil, Ledang. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.


Perjalanan dimulakan seawal jam 9 pagi setelah berkumpul di Shell selepas tol Sg Besi arah selatan. Konvoi ini bergerak pada kelajuan sekata 130km/j dengan dimulakan oleh penunggang CBR250 dan diikuti oleh BelangR150.


Isi minyak di R&R Ayer Keroh.....
Gelak sakan setelah berjaya menapau motor lain..... ;p
Perjalanan ini berhenti seketika di R&R Ayer Keroh bagi mengisi minyak. Saiz tangki yang kecil bagi BelangR150 hanya mampu memuatkan sekitar 5liter dan hanya mampu bertahan dalam jangkauan maksimum 100km perjalanan sahaja. Selepas dari Tol Sg Besi, BelangR150 terpaksa berhenti di hentian R&R Seremban bagi mengisi minyak sebelum berhenti sekali lagi di R&R Ayer Keroh.

Tol Tangkak.............

1st persinggahan....Tangkak, Ledang....gerai rakan CBR250...........nyum nyum nyum......


BelangR150 menakluk Gunung Ledang............
Mandi Manda

Tg Emas, Muar..........ride bersama rakan CBR250

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...