Search This Blog

Konvoi Jalanan ke Lata Iskandar, Tapah serta pau Yik Mun Tg Malim

Air terjun Lata Iskandar merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Lata Iskandar terletak berhampiran dengan Tapah, Batang Padang, Perak.

sampai di Lata Iskandar, Tapah... — at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan.

 Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli. Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.

Esso rnr Sg buloh tutup, terpaksa ke rnr Rawang.... — at R&R Rawang arah utara.



Lapor yop...makan nasik dulu............. — at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Isyarat baru abam Sa Ha R.....hehehehehe — at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Fotogenik???..............hahahahahaa — with Syukry Shuhaimy, Waecha Durek and Zaidy Ismail at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Aksi gembira sang juara...........hahahahaha (jaga WSN, Joneys Wahab pulangkan high cam aku!!!!) — at Lata Iskandar, Tapah, Perak Dar Ridzuan.

Di Restoran Pau Yik Mun Tg.Malim.....belasah 5 bijik pau tak kenyang lagik, apebende tepung la diorang guna ??? — with Waecha Durek, Syukry Shuhaimy, Sa Ha R, Zhaŕİf ZeaĽŏus and Zaidy Ismail at Yik Mun Tg Malim Pau.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...