Search This Blog

Risiko Modifikasi

Ramai pengguna jentera dua roda amat meminati dunia modifikasi enjin bagi memantapkan lagi keupayaan enjin asal. Peningkatan keupayaan itu termasuklah dengan memodifikasi keseluruhan enjin jentera masing-masing. Modifikasi, termasuklah dengan meningkatkan lagi jumlah isipadu (cc) jentera dari saiz asal serta penambahan lagi nisbah mampatan (compression ratio) bagi meningkatkan lagi prestasi. Dari satu sudut, penambahan keupayaan enjin akan meningkatkan lagi prestasi sesuatu jentera tersebut termasuklah dari sudut penambahan halaju maksimum (topspeed) serta penambahan pecutan (pickup and acceleration).

Dari satu sudut yang lain pula, modifikasi juga mengundang risiko kerosakan enjin. Ini kerana enjin tersebut beroperasi diluar keupayaan dan kemampuan enjin tersebut serta melebihi tahap maksimum keupayaannya. Contoh didalam gambar dibawah adalah salah  satu dari risiko modifikasi ketika R&D penyelarasan (setting) aci sesondol berkeupayaan tinggi (racing camshaft high profile) dilakukan.

Valve berlaga sesama valve, akibatnya putus





Sleeve blok pecah




Piston pecah

Pistoh berlubang

Jumlah kos untuk membaik pulih kembali jentera diatas memakan kos melebihi RM2500.

2 comments:

  1. Kat bawah dah tengok?.keguna maknik je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. obohol abis....yg boleh pakai hanya gearbox, crankshaft dan clutch system jek....yg lain termasuk balancer kopak....

      Delete

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...