Saturday Night Fever Challenge Series telah berjaya ditempuhi pada 18 May yang lalu. Pusingan kedua yang dijalankan di South Track, Litar Antarabangsa Sepang bermula seawal jam 2 petang untuk sessi pendaftaran hinggalah latihan bebas jam 5 petang, diikuti oleh kelayakan jam 8 malam dan peringkat akhir jam 10 malam.
|
Pendaftaran seawal jam 2 petang, panas terik membakar terasa perit kut |
Bersaing didalam kategori bawah 200cc untuk motorsikal empat lejang dan bawah 135cc untuk motorsikal dua lejang, saingan pada peringkat awal agak mencabar dimana jentera pesaing memang menunjukkan keupayaan yang agak jauh terbaik berbanding keupayaan jentera aku sendiri. Dengan berbekalkan modifikasi 177cc, aku cuba gagahi jua cabaran untuk peringkat kelayakan dan peringkat akhir.
|
Sessi kelayakan |
Didalam SNF (Saturday Night Fever) juga terdapat aksi-aksi dari jentera 4 roda yang berlumba mencari gelaran juara.
|
Deretan pit jentera 4 roda yang menyertai SNF |
Ketika diperingkat kelayakan, jatuh dan perlanggaran adalah resam ketika berlumba. Perlumbaan terpaksa dihentikan dan disambungkan berbakikan beberapa laps sahaja
akibat Mohd Khearizat telah mengalami kemalangan yang agak serius di T8
South Track (namun syukur beliau selamat daripada kecederaan yang sangat
– sangat serius).
|
Santai sambil menunggu perlumbaan diteruskan selepas insiden perlanggaran 2 jentera NSR150 |
Pada peringkat akhir, dengan keupayaan jentera BelangR150 yang dimodifikasi kepada 177cc namun perjuangan tetap diteruskan. Walaupun jurang keupayaan jentera pencabar agak ketara perbezaannya, namun perlumbaan harus ditamatkan.
|
Starting grid SNF |
Perjuangan masih belum berakhir, pusingan ketiga SNF bakal menjelang pada 29hb Jun depan. Spesifikasi modi yang akan digunakan masih didalam peringkat penyelarasan enjin. Diharap spesifikasi baru yang dibuat mampu memperbaiki kedudukan pada pusingan ketiga SNF nanti.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini