Search This Blog

Perbezaan diantara Sistem Sejukan Minyak (Oil Cooled) dan Sistem Sejukan Cecair (Liquid Cooled)

oil cooled - sistem penyejukan bahan pelincir jenis minyak, dimana minyak pelincir akan disejukkan supaya properties minyak dapat beroperasi dalam keadaan optimum tanpa gangguan dari haba terlampau panas

Liquid cooled - sistem penyejukan menggunakan cecair bukan minyak, bahan asas adalah air TETAPI dengan tambahan coolant ia mampu beroperasi pada suhu lebih tinggi dari takat didih air...

Sistem sejukan minyak
Sistem Sejukan cecair

dari segi sistem oil cooled dan liquid cooled, keduanya ada kelebihan dan kekurangan...

kelebihan oil cooled adalah pada penyelenggaraan yang murah dan mudah diselenggara, TETAPI pengawalan suhu enjin tidak terlalu baik berbanding liquid cooled disebabkan properties minyak yang likat dan sukar mengeluarkan haba yg tersimpan didalam minyak....juga perlukan minyak itam yang tiggi kualitinya iaitu semi sintetik keatas adalah terbaik....jika pakai mineral, maka bukan cover enjin nampak enjin itammm...huhu

kelebihan liquid cooled pula prestasi enjin dapat ditingkatkan kerana suhu enjin telah dikawal pada kadar yg optimum hasil dari penyisihan haba yang optimum...ini kerana coolant tersebut mampu menyerap haba dari enjin dan disisihkan melalui radiator dgn kadar yg cepat....TETAPI penyelenggaran amat penting kerana sifat2 coolant yang mudah meruap, salah/lambat maintenance abis jahanam enjin....


majoriti yang membelenggu pengguna LC akibat dari coolant hilang bukanlah head anda bocor....TETAPI ramai penggunana LC telah meningkatkan saiz piston dari 135cc hingga 177cc....dan berapa ramaikah mengetahui jumlah haba tersisih dari janaan 177cc tersebut??

dari situ, coolant itu sendiri termeruap disebabkan oleh cc yg oversize, akibat dari ketiadaan coolant, maka head anda overheat dan bengkok....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...