Search This Blog

Karburator VM30 SUDCO (Testimoni)



Sudco International adalah salah satu pengimport / pengedar Amerika tertua dan terbesar untuk alat ganti motosikal dan aksesori berprestasi tinggi. Sudco Antarabangsa adalah pengimport utama dan pengedar di Amerika untuk alat ganti jenama terkemuka, yang kebanyakannya adalah dari pengeluar peralatan asal yang menyediakan bahagian-bahagian OEM untuk pengeluar utama Jepun dan Eropah. Produk utama termasuklah produk-produk berkualiti dari Keihin, Mikuni, ART, JE, NGK, Vesrah, RK, Sunstar, Nology, Dyateck, Pingel, K & N, Motion Pro dan lain-lain.

Karburator VM 28 Mikuni telah digunapakai oleh jentera Kawasaki Superkips RR 150cc. Berasaskan dari kegunaan VM28 di jentera tersebut, maka idea untuk memodifikasikan jentera BelangR150 menggunakan karburator VM terhasil. Di pasaran setempat, karburator VM28 boleh didapati tetapi didalam bentuk keluaran kilang yang asli (OEM), oleh kerana itu karburator VM30 SUDCO menjadi pilihan.


VM30 SUDCO adalah karburator jenis mikuni yang telah dimodifikasi (tuning) oleh SUDCO untuk prestasi perlumbaan. Dari dari situ juga, VM30 menjadi pilihan bagi meningkatkan lagi prestasi jentera BelangR150.

Untuk dimuatkan dijentera BelangR150, 'Carburator Intake Manifold' atau getah pemegang karburator hendaklah ditukar kerana saiz karburator ini yang besar berbanding karburator asal BelangR150 iaitu BS26 yang bersaiz 26mm. Bagi memastikan VM30 ini terpasang, getah pemegang karburator tersebut ditukarkan dengan getah pemegang motorsikal FXR150 dimana getah pemegangnya yang lebih besar.


Setelah selesai penyelarasan (jetting) minyak dan angin, prestasi jentera diuji. Ternyata VM30 SUDCO tidak mengecewakan apabila terdapat perbezaan dengan respon motorsikal. Respon (pickup) motorsikal lebih cepat dan padu berbanding penggunaan karburator PWK28 yang sebelum ini digunapakai oleh jentera BelangR150 ini. Walaubagaimanapun, halaju pada kadar tinggi (topspeed) jentera tidak berubah ataupon perubahannya tidak dapat diukurnya secara tepat kerana faktor jalan dan cuaca tidak menentu pada waktu sekarang.

Kelebihannya juga dapat dirasakan apabila jentera BelangR150 ini digunakan sewaktu jalan yang sesak didalam bandar. Pada kebiasaannya, penggunaan karburator PE28, PWK28 UMA Racing dan sebagainya  motor akan mengalami kepanasan yang tinggi terutama pada waktu tengahari dan kesan yang paling terasa adalah pemasa karburator (carburator timing) akan meninggi atau rpm melahu (rpm idling) juga tidak sekata. Kesan pemanasan ini tidak terasa dengan menggunakan VM30 Sudco dimana rpm melahu (rpm idling) adalah sekata (constant) pada ketika panas mahupun enjin sejuk.

Secara kesimpulannya, karburator VM30 Sudco mampu memberikan kepuasan kepada pengguna dari segi prestasi motorsikal mahupun kadar penggunaan minyak yang masih boleh dikategorikan sebagai jimat.



17 comments:

  1. FC lak caner? lagi kuat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang dengan sebelumnya....sebelum nie pakai PWK, FC lebih kurang jaa...

      Delete
  2. Replies
    1. di bengkel Raynorton Motorsport....link blog beliau ada kat tepi sebelah kiri blog

      Delete
  3. Salam admin,pemasangan carburetor ni sekali dengan penapis udara standard ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pakai air filter bro....mulut carb besor sangat...tak muat nak masukkan hose air filter

      Delete
  4. Block berape boleh masuk tu? Std boleh?
    Sbb skrang ni belang blok std, cadang nk pkai pwk28 sudco.
    Mane lebih bagus vm30 sudco atau pwk28 sudco untuk blok std?

    ReplyDelete
  5. Kalo pakai VM30 (PE) utk High RPM baru sedap, bila konvoi jaoh2, maen long mantap...
    Kalo pakai PWK utk Mid RPM dah rase sedap, kalo main track racing ok laarr, tp kalo utk maen long x best...

    ReplyDelete
  6. Salam...
    Bro beli VM30 Sudco tu kat mne ?
    Berapa harga ?
    Boley bg tahu nme kedai x ?

    ReplyDelete
  7. klau up carb size dr 26 ke 30 tp xnk usik lain boleh ke?? minyak menterkedarah x?? klau okay fc die, kire good bargain ni

    ReplyDelete
  8. salam bro....cdi dengan karburator mane lebih baik tukar untuk prestasi top speed..sekian terima kasih..budak baru belajar:)

    ReplyDelete
  9. Bleh bgtau nk beli brg sudco ni kt mana bro?

    ReplyDelete
  10. Saper yg tau kt ner ada jual tlg ws aku 0174505006. Tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen di blog ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...